BUAYA PUTIH MISTIK BELUM TERBONGKAR | Lokasi runtuhan struktur konkrit
Jambatan Pulau Pinang Kedua yang runtuh, kelmarin turut dikaitkan dengan
beberapa kejadian mistik oleh pekerja pembinaan di kawasan itu selain
penduduk tempatan.
Difahamkan, lokasi berkenaan yang menjadi penghubung air sungai dan laut
dikatakan menjadi laluan ‘Buaya Putih’ yang disifatkan penduduk sebagai
penunggu di kawasan itu.
Menurut seorang pekerja pembinaan yang bertugas sejak kerja awal
jambatan dan hanya mahu dikenali sebagai Azmi, lokasi pembinaan itu agak
‘keras’ berbanding lokasi lain.
“Bagi pekerja pembinaan di sini, mereka memang sudah mengetahui lokasi
ini agak ‘keras’ berbanding tempat lain. “Memang kawasan runtuhan
konkrit itu bermasalah sejak awal pembinaan dan setiap kali mahu
melakukan kerja konkrit ada saja masalah timbul,” katanya.
Menurutnya, ada satu ketika pekerja mahu melakukan kerja konkrit, namun
terpaksa memberhentikan kerja berikutan ada takungan air yang tidak
dapat dikesan puncanya.